Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Sekitar PBAKL 2011 lagi

Seperti yang dijanjikan saya nak menyambung kembali cerita tentang PBAKL 2011 yang baru sahaja berakhir baru-baru ini. Antara buku yang saya peroleh semasa di sana adalah buku 'Nasib Melayu di Bumi Melayu' tulisan Dr Ridhuan Tee Abdullah siap dengan autograf beliau. Lagi buku 'Pintar Akhlaq' tulisan Amr Khalid dan tiga buah buku kanak-kanak berkulit tebal untuk anak saudara tercinta yang baru nak belajar membaca. Haris...nanti makde hantar. Bila la nak dapat jumpa, rindu.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya, apabila disebutkan Pesta Buku Antarabangsa sudah pasti ada pelbagai buku yang boleh diperoleh pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan juga pelancong dari luar.

Ini kerana adanya perkataan 'antarabangsa'. Namun apabila diteliti buku-buku yang bertaraf antarabangsa tidak sebanyak mana. Bahkan boleh dikira dengan jari mat salleh yang hadir. Walaubagaimanapun industri buku di Malaysia sebenarnya baru hendak berkembang. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan purata bacaan rakyat Malaysia dari dua muka surat setahun kepada beberapa buah buku setahun. Dan perkembangan pada permulaannya nampak lebih tertumpu kepada buku-buku bercorak keagamaan dengan tertubuhnya penerbit-penerbit baru seperti Pelima Media, Mustread, Kharisma Network dan banyak lagilah. Alhamdulillah..

Allah sendiri telah menceritakan kepentingan ilmu bagi umat manusia dalam membangun peradaban. Tanpa ilmu maka gelaplah dunia dan hiduplah manusia dalam keadaan jahil. Ayat pertama daripada wahyu yang diturunkan ada 'Iqra' bermaksud 'bacalah'.

Setiap dari rakyat Malaysia seharusnya mempunyai cita-cita untuk memiliki perpustakaan peribadi walaupun kecil. Ini selaras dengan wasiat as-syahid Imam Hasan Al-Banna yang menganjurkan setiap umat Islam untuk memiliki perpustakaan kecil. 


Saya antara orang yang suka berhabis duit dalam membeli buku berbanding baju. Kadang kala rakan-rakan bertanya 'Dah habis ke baca buku tu?' Pendapat saya, adalah lebih baik rajin membeli buku walaupun belum tentu habis dibaca daripada yang langsung tidak membeli buku.Saya sering menjawab persoalan tersebut dengan jawapan 'Tidak mengapa, nanti kalau ada persoalan tentang sesuatu perkara, dah ada buku untuk dirujuk tanpa perlu ke perpustakaan atau meminjam orang lain'. Sebagai contoh, sekiranya kita membeli Kitab Fiqh yang setebal 600 muka surat, adakah wajar untuk dihabiskan sebelum membeli buku lain? Buku yang kita miliki sebenarnya harus berperanan sebagai sumber rujukan dan kita akan memerlukan ia apabila memerlukannya. Maka janganlah hanya sering mengumpul koleksi novel dan majalah sahaja. Pastikan  kita memiliki buku tentang fikah, aqidah, akhlaq, dakwah, ibadah, sains, dekorasi dan sebagainya mengikut minat seseorang. 


Saya mendoakan agar industri buku di Malaysia semakin maju dan purata bacaan rakyat Malaysia meningkat setanding dengan negara maju yang lain.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...