Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Agenda...

Hari ini saya telah dijemput sebagai tetamu ke Hari Beliawanis Nasional PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) di Pusat Komuniti Cyberjaya. Alhamdulillah bawa balik goodies berupa buku dan majalah terbitan Galeri Ilmu. Seronoknya...Saya memang suka kalau dapat buku untuk menambah koleksi perpustakaan mini saya.Alhamdulillah...

Di acara tersebut sempat untuk saya mendengar pertandingan pidato sempena Hari Beliawanis. Bila tiba ke peserta kedua, saya sangat tersentuh dengan isi kandungan pidatonya. Masing-masing peserta diminta untuk menyampaikan pidato berdasarkan tema program iaitu Beliawanis Beragenda Penggerak Kemajuan Ummah. Sambil mendengar saya muhasabah diri sejauh manakah saya benar-benar menjadi beliawanis atau pemudi yang mempunyai agenda dan matlamat yang besar untuk ummah ini. Mendengarkan pidato itu membuatkan saya menitiskan air mata. InsyaAllah saya akan berusaha untuk menjadikan jiwa ini jiwa yang besar , hati yangn teguh, langkah yang kukuh serta keinginan yang kuat untuk memperbaiki ummah. Semoga keikhlasan mengiringi setiap yang saya lakukan

Insyaallah saya sedang berusaha untuk mendapatkan teks pidato tersebut untuk dikongsi bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...