Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Biar Susah Untuk berhijrah, Biar Payah Untuk Berubah



Baru-baru ini aku telah meletakkan post di sebuah facebook groups. Tajuk artikel itu adalah "Janji melayu adalah janji Islam". Aku mendapat ilham untuk menulis artikel pendek tersebut kerana kesal dengan sikap orang melayu kerana seringkali hadir atau tiba lambat. Namun aku sedar aku juga bukanlah manusia yang sempurna dan sering sahaja menepati masa. Mengapa artikel itu ditulis agar aku juga turut berkomitmen dalam menepati janji dan masa.

Janji Melayu Adalah Janji Islam
'Ishhh...ni mesti janji melayu' rungut seorang sahabat yang sedang menunggu sahabatnya. Apabila disebutkan perkataan 'janji melayu' sudah pasti hampir semua dari kita faham bahawa janji itu tidak ditepati dan ianya menjadi satu kefahaman umum bangsa melayu yang negatif. Apabila sering diulang dan diulang , maka jadilah ia satu bentuk mindsetting dan tertanam dalam minda separa sedar setiap orang. Betapa buruknya pemahaman itu.

Apabila dikatakan bangsa melayu maka ia tidak boleh lari dari agama islam. Bangsa Melayu=Agama Islam. Maka seharusnya janji melayu=janji Islam. Janji yang ditepati.

Dalam usaha kita memartabatkan slogan 'Melayu Sepakat, Islam Berdaulat' maka seharusnya kita berusaha semaksimum mungkin untuk mengubah attitude bangasa melayu selaras dengan attitude yang diajarkan oleh Islam. Dibawah merupakan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengubah mind setting tersebut.

1. Tukarkan gelaran tidak menepati masa/janji dengan perkataan 'JANJI JAHILIYAH'
2. Protes atau bangkang orang yang yakin bahawa orang melayu memang suka lamabt. Jawablah bahawa itu orang melayu-jahil bukan orang melayu-islam
3. Kita sendiri berusaha menepati janji dan sama-sama mengajak orang lain.
4. Bagi yang tidak menepati janji, jagalah adab dengan memaklumkan awal sebab-sebab kelewatan.

Walaupun usaha untuk mengubah manusia itu sukar, namun yang paling mudah adalah dengan memulakannya dari diri sendiri. Treat people how you want be treated! 

Banyak maklum balas yang diterima terutama yang menyokong. Namun ada sjuga yang seolah-olah memperli diriku.Dengan mudah langsung luluh dan gugur air mataku... Argh... aku berusaha dan cuba sedaya upaya untuk mengotakan apa yang aku tulis. Walapun kadang masih tidak dapat hadir tepat, tetap saja aku maklumkan kepada yang lain atas kelewatan hatta hanya beberapa minit. Perit rasanya bila kita disindir.


Walaubagaimanapun aku sedar, aku cuba berubah bukan kerana manusia. Janjiku hanya untuk mencari redha Ilahi. Biarpun orang memerli. Mudah-mudahan aku sentiasa ikhlas berbuat kerana Allah. Biarpun hijrahku ini susah, perubahanku payah, akan aku teruskan. Sesungguhnya mujahadah itu pahit, namun buahnya manis.


Hijrah…,
Menghijrahkan diri memang payah,
Ada masa kita kalah,
Ada masa kita lelah,
Ada masa kita bertuah,
Itulah namanya Mujahadah.
Mujahadah….,
Kadang-kadang orang marah,
Kerana selalunya menentang arah.
Kadang-kadang orang tak suka,
Jadilah kera sumbang sahaja.
Kadang-kadang orang mengata,
Tunjuk baik, padahal berpura-pura
Kadang-kadang orang menghina,
Kolot! tak mengikut peredaran masa.
Kadang-kadang orang tak yakin,
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin
Kadang-kadang orang menjeling,
Tunjuk hebat! Macamlah dia orang penting.
Oleh itu…
Teruskan melangkah,
Walaupun payah.
Teruskan tekad,
Walaupun penat.
Bulatkan niat,
Kuatkan munajat.
Semuanya…,
Bukan kerana  manusia,
Bukan ingin dipuja,
Bukan ingin dimulia,
Bukan untuk berbangga,
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk segalanya di dunia.
Tapi untuk Allah yang Esa,
Untuk Syurga penuh pesona,
Semoga Allah sentiasa bersama kita.
Ameen, amen ya Rabbal Alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...