Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Eco 'no money' (Ekonomi) dan Mata Wang



Saya selalu mengingatkan diri dan rakan-rakan saya menyimpan emas sekiranya memiliki kewangan yang stabil. Sama ada ia nya dalam bentuk jongkong atau wang dinar dan dirham (perak). Ia bertujuan untuk simpanan dalam jangka masa yang panjang kerana pada suatu saat nanti wang kertas tidak akan bernilai sama sekali dan ketika itu hanya emas dan perak yang bernilai.

Pada masa kini, sudah semakin ramai perorangan dan agensi yang sedar akan perkara ini. Malah sudah ada bank yang menawarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas. Ketika ramai yang baru sedar, saya telah mengetahuinya lebih awal lagi. Ketika itu saya dan rakan usrah diminta untuk membedah buku "Yahudi Menggenggam Dunia" tulisan William G.Carr dan kebetulan saya ditugaskan membedah bahagian matawang.





Buku ini secara keseluruhannya menceritakan bagaimanakah taktik dan strategi orang yahudi dalam menguasai dunia dan salah satu daripadanya adalah dengan menguasai ekonomi dunia. Mata wang ketika itu adalah wang yang berasaskan emas, perak tembaga. Matawang ini mempunyai nilai yang tetap, stabil dan tidak berubah. Namun yahudi dengan kebijakannya bersusah payah mengajukan permohonan kepada bank-bank dunia untuk menukarkannya kepada sistem matawang kertas. Dan akhirnya usaha keras mereka mendatangkan hasil sehinggalah sekarang.

Saya amat menyarankan kepada orang-orang di luar sana (terutamanya orang islam) agar membaca buku ini untuk kita mengenali musuh kita. Saidina Ali karamallahu wajhah pernah menyatakan bahwa untuk mengalahkan musuh kita perlu terlebih dahulu kenal musuh sedalam-dalamnya. Maka musuh Islam yang paling utama sekarang adalah YAHUDI LAKNATULLAH!

Di bawah merupakan sedikit perkongsian petikan yang diambil daripada rakan saya. Semoga ia bermanfaat bagi kita memahami kepentingan emas dalam sistem perekonomian kita



Menyimpan Emas Memang Menguntungkan



1.   Kenapa anda perlu menyimpan emas???

a.   Emas adalah kekayaan sebenar – emas bernilai untuk selama-lamanya & semua orang tahu nilai emas (22:23)

b.   Harga emas akan sentiasa meningkat dengan kenaikan minimum 20% setahun (lihat rekod harga emas dunia di http://www.lmba.org.uk/stats/goldfixg)

c.   Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangka masa yang panjang (kalau pada zaman Rasulullah, sahabat beli kambing dengan harga 1 dinar emas. Skrg pun kita boleh dapatkan seekor kambing dengan harga 1 dinar emas). INFLASI UTK SYILING EMAS ADALAH 0%.

d.   Nilai wang kertas akan jatuh dalam jangka masa panjang

-   Cthnya: kalau tahun 70-an, pelajar sekolah membawa wang belanja 20-30 sen setiap hari & duit itu cukup utk beli nasi & air TAPI pelajar skrg membawa wang belanja RM2 – 5. Ibu bapa skrg t’paksa membayar 10 kali ganda atau lebih utk membeli barang yang sama. Jelaslah bahawa kuasa membeli wang kertas merosot dalam jangka masa panjang.

-   Kuasa beli 1 USD merosot lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007. Lawati www.dollardaze.org.

e.   Emas adalah aset terunggul – menyimpan emas mmg menguntungkan

f.     Emas tidak boleh dimanipulasi

Bacaan Tambahan :

·        Baca kisah kegagalan wang kertas di http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

·        Huraian yg lanjut boleh didapati dari www.jutawanemas.com



Mulakan Menyimpan Emas Hari Ini



1.  Harga semasa emas boleh dikemaskini di www.publicgold.com.my. Di laman web ini, kita boleh lihat naik/turun harga emas dunia.

2.  Public Gold adalah salah satu syarikat yang menjual emas fizikal yang mana pembelian emas boleh dibuat bila-bila masa, 24 jam sehari.

3.  Apabila anda telah membeli emas dari publicgold, anda boleh ke cawangan syarikat yang berhampiran untuk mendapatkan emas tersebut, emas itu anda boleh lihat, pegang & rasa sendiri.

4.  Jika sebelum ini, kita menyimpan dalam bentuk saving account dan ASB, adalah lebih baik mulai skrg kita menyimpan dalam bentuk emas. Kerana kadar inflasi emas ada 0% sedangkan kadar inflasi wang kertas adalah 15% setahun.

5.  Jadi, mulakan dengan membeli 1 dinar hari ini!!! Untuk melihat harga semasa dinar emas, lawati www.publicdinar.com.my

6.  Harga emas jongkong & dinar emas adalah berbeza kerana ketulenannya berbeza. (ketulenan emas jongkong 999 manakala ketulenan dinar emas 916)

7.  Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana nak simpan emas jongkong tu? Tak ada orang curi ke? Jawapannya mudah, kalau anda ada wang kertas RM10k, di mana anda simpan wang tersebut?? Samalah juga kalau anda ada emas bernilai RM10k.

a.  Jangan diheboh-hebohkan

b.  Emas anda boleh disimpan di tempat yang selamat di rumah anda (kreativiti anda diperlukan), atau

c.  Beli peti simpanan peribadi, atau

d.  Anda boleh simpan di publicsave di branch publicgold berdekatan, atau

e.  Anda boleh simpan dalam safety box/peti deposit selamat di mana2 bank atau sykt swasta, atau

f.   Anda boleh simpan di ar-rahnu (dalam bentuk gadaian)



8.  Zakat emas (9 : 34 - 35)

a.  Kadar zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) – 2.5% setahun

b.  Membayar zakat emas yang digadaikan adalah tidak wajib kerana tidak sempurna milikannya



Take Action Now!!!

p/s : Anda juga berpeluang mempelajari teknik membuat pelaburan menggunakan emas yang telah anda beli. Dan dengan pembelian emas sebanyak RM20k anda berpeluang menjadi dealer Public Gold.
Ketuanan Melayu vs Kedaulatan Melayu


Petikan dari Berita Harian Online

'Kedaulatan Melayu lebih sesuai'

Oleh Mohd Zin Ali
mdzin@bharian.com.my
2010/12/09


JOHOR BAHRU: Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia mencakupi kedudukan Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda bertitah, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak kerajaan negeri Melayu.
“Apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

“Awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri Melayu belum dijadikan Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta bersama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak kaum lain terus dijaga dan dihormati serta dijamin Perlembagaan,” titah baginda ketika merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor di sini, semalam.
Sultan Ibrahim bertitah membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan.

Baginda meminta orang Melayu supaya melakukan muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan berikutan ada di kalangan mereka sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan perkembangan semasa, suka saya mengingatkan orang Melayu supaya muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan. Sudah ada orang Melayu sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu.

"Dalam hal ini, ulama boleh berperanan menjelaskannya dan mempertahankan kedaulatan Melayu," titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah sistem Raja dan kerajaan Melayu yang wujud sejak ratusan tahun dan kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cuba kita tanya 'pakcik' wikipedia makna kedaulatan melayu dan ketuanan melayu.

KETUANAN MELAYU

Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.


KEDAULATAN

Kedaulatan ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat, atau diri sendiri. Seseorang yang berdaulat (contoh: raja) ialah pihak penggubalan undang-undang yang agung, dan tidak menurut perintah sesiapa yang lain. Jean-Jacques Rousseau, dalam Buku III, Bab III wacana tahun 1763 beliau yang bertajuk Mengenai Kontrak Sosial, membincangkan bahawa "pertumbuhan Negeri yang memberi pemegang amanah pihak berkuasa awam lebih banyak nafsu dan cara untuk menyalah guna kuasa mereka, lebih banyak Kerajaan perlu memegang kuasa untuk mengawal rakyat, lebih banyak kuasa yang perlu dimiliki Raja untuk mengawal Kerajaan," dengan pemahaman bahawa Raja ini ialah "satu kewujudan bersama" (Buku II, Bab I) hasil "kehendak umum" rakyat, dan bahawa "apa yang diarahkan seseorang itu sendiri, tanpa mengira siapa dia, itu bukan undang-undang" (Buku II, Bab VI) - dan lebihan pula berdasarkan anggapan bahawa rakyat menggunakan cara yang tidak berat sebelah untuk memastikan kehendak awam. Maka bak pepatah undang-undang, "tiada undang-undang tanpa raja."


Kesimpulannya

Apa pun istilah yang digunakan, yang paling penting adalah orang melayu itu perlu jaga kedudukannya dalam negara ini. Perjuangan melayu bukan hanya perjuangan bangsa semata-mata tetapi merupakan perjuangan agama. Perlu kita sedar bahwa 'Melayu' dan 'Islam' tidak dapat dipisahkan

Ikhwan bukan untuk yang hebat sahaja, Ikhwan untuk semua!!

p/s: sesungguhnya kita ingin membangun sebuah jamaah yang merupakan model masyarakat Islam itu sendiri. Seandainya kita hanya mengumpulkan pendakwah yang hebat dan bijak sahaja, maka kita sudah membentuk sebuah kelompok ekslusif yang telah menyimpang dari manhaj yang dipelopori Imam al Banna rahimahullah. Maka, bersabarlah dengan mereka yang lemah iltizam dan pengorbanan. Setiap dari kita mendapat balasan dari Allah sesuai dengan apa yang kita usahakan. Jazakallahu khair Syeikh Muntalaq kerana menjelaskannya.
Oleh: Muhammad Ahmad ar-Rasyid

Sebahagian murabbi dan pemimpin dakwah merasa kecewa apabila berurusan dengan pengikut-pengikut mereka yang futur. Kesimpulan segera mereka ialah orang yang lemah memang lembab, manakala orang yang ada dua kaki hanya menggunakan sebelah kaki ke akhirat, sebelah kaki lagi mereka biarkan bergelumang dalam perhiasan dunia.

Pemimpin-pemimpin yang tidak sedikit bilangannya itu, -dalam keadaan tenggelam punca berdepan dengan hakikat kehidupan yang diciptakan Allah serta terlupa bahawa pembahagian kudrat akal dan gerakan hati sama seperti ketetapan-Nya dalam soal rezeki- mengambil jalan mudah mengetatkan keanggotaan jamaah dakwah, lalu berasa selesa dengan keunggulan jamaah rahsia. Mereka telah dibuai dengan khayalan sehingga menyangka bahawa formasi jamaah sebegitu adalah jawapan dan penyelesaian bagi pelbagai krisis dan kelemahan yang mereka hadapi. Tonggak rekabentuk jamaah mereka ialah orang yang genius, cerdik, bijak, berdaya tahan, banyak berkorban, peribadi yang kuat, penyabar, memiliki sifat proaktif, perintis, penemu perkara baru dan berani mengambil risiko.

Orang-orang yang lemah, kurang cerdik, lembab, tenggelam dalam rutin harian, pengejar pangkat tinggi dan keuntungan, yang sekadar mengintai-intai atau memang menyambar sedikit keseronokan, tempat mereka di sisi pemimpin-pemimpin tadi ialah platform-platform, jamaah-jamaah Islam yang lain dan institusi-institusi yang diwujudkan. Cukuplah bagi mereka sekadar membahagi-bahagikan senarai orang yang hebat dan elit yang ada pada mereka, untuk menyelinap ke dalam platform, jamaah dan institusi tersebut. Senarai orang hebat dan elit ini berperanan dalam kuasa pentadbiran platform, jamaah dan institusi tadi, di samping memainkan peranan untuk mendekatkan organisasi terbabit dan pendukung-pendukungnya kepada kefahaman, jalan dan objektif jamaah rahsia mereka. Bagi mereka, cara ini akan menghasilkan satu keseragaman umum yang dapat memenuhi tuntutan kepentingan Islam di negara terbabit, tanpa menzahirkan ikatan individu-individu elit itu dalam sebuah jamaah induk yang bersifat rahsia, yang mana hakikat mereka disembunyikan selama-lamanya.

Terdapat pengaruh hawa nafsu dalam perancangan sebegini, kilauan yang memperdayakan orang yang tergesa-gesa, menjadi satu impian yang melubuk di sanubari, sehingga menganggap pandangan mereka itu adalah hasil kesedaran yang sempurna, erti perkembangan yang stabil, kesimpulan pengalaman dan petanda kematangan. Tetapi, analisa secara tenang menzahirkan bahaya hala tuju ini, menampakkan beberapa kemungkinan timbulnya pelbagai masalah tarbiyah, mentaliti dan amali. Bahkan akan mengganggu dan mengelirukan fikrah, malah menggugat neraca iman dan fitrah sehingga tergendala. Sekurang-kurangnya ia merupakan penyelewengan daripada jalan al-Imam al-Banna rahimahullah dan uruf Ikhwan yang diwarisi.

Kami tidak mengatakan al-Imam Hasan al-Banna maksum. Kami juga tidak bermaksud bahawa struktur tanzim, manhaj tarbiyah dan pemikiran dakwah yang dimulakan oleh al-Imam dan dikembangkan oleh pengganti beliau merupakan perancangan terakhir dan penutup kefahaman. Sebaliknya, kami percaya perlunya pengembangan dan tidak memandang struktur tanzim sebagai kudus. Tetapi, setelah umur meningkat, pengalaman di medan semakin mendalam, kami panjangkan renungan, timbangkan hasil-hasil dan menjelajah ke negara Arab dan Ajam, kami dapati bahawa apa yang dibuat oleh al-Imam al-Banna tidak hanya lahir daripada ijtihad dan kefahaman jitu tentang dimensi serta kesyumulan dakwah, juga bagaimana cara untuk membina dan menyebarkannya, semata-mata. Bahkan ia lahir daripada ilham rabbani yang menunjukkan jalan yang betul.




Oleh sebab itu beliau menghimpunkan antara orang intelek dan sibuta huruf, muda dan tua, orang bandar dan orang kampung, pemberani dan pengecut, cerdik dan lembab, kuat dan lemah, kaya dan miskin, berdedikasi dan berkepentingan, lelaki dan perempuan, tergabung dalam satu jamaah yang berusaha mempersembahkan model Islam semampu mungkin, serentak teori dan amali. Semua itu berlaku secara terbuka mempromosi diri, kecuali ketika dikekang tuntutan darurat fasa permulaan dan pengasasan awal, atau ketika suasana ancaman ketegangan yang jarang berlaku.

Amal dakwah, yang syumul dan lengkap, mempunyai banyak bahagian, jenis dan terma, yang mana lebih separuh daripadanya merupakan perkara teknikal yang tidak memerlukan kecerdikan, ketahanan dan kekuatan luar biasa. Ia boleh saja dilaksanakan oleh para pendakwah yang naif, mungkin, dengan spontan dan mudah, dipimpin oleh keringkasan iman fitrah, tetapi pekerjaan itu tetap mempunyai nilai ihsan, itqan dan berkualiti. Pekerjaan itu tidak semestinya mudah bagi seseorang yang bijak lagi kuat dan berani untuk berbuat begitu. Bahkan kemungkinan kelompok pendakwah elit sendiri tidak mampu melakukannya, kerana mereka tidak dicipta untuk itu.

Setiap peribadi yang terbatas kemampuannya, ada tempatnya. Pada dinding dakwah ini ada bata yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, besi dan kaca. Bata emas akan cair kerana kepanasan melampau walaupun ia lebih berat daripada besi empat kali ganda. Besi yang keras pula tiada kilauan dan tidak cantik. Seni-seni tertegak di atas aliran kesamaan dan kepelbagaian warna itu. Begitulah kehidupan tertegak atas perhimpunan pelbagai darjat manusia.

Di dalam jamaah seharusnya berbaris petani di samping doktor, buruh di sebelah jurutera, pelajar dengan guru, wanita di belakang lelaki, sibijak di depan yang kurang bijak, sipemberani berjabat tangan dengan orang yang ragu-ragu, yang kuat mendorong yang lemah, yang cepat menarik yang lembab, kerana semuanya dipermudahkan mengikut tujuan ciptaannya. Tetapi hakikat-hakikat semudah ini kadang-kadang tidak disedari dan orang-orang yang bijaksana terpinga-pinga berdepan dengan rahsia kejadian qadar rabbani dan puncanya. Dalam sejarah kita dan sejarah Islam secara umum terdapat kisah-kisah mengagumkan dan peristiwa-peristiwa pelik yang menyingkap keindahan pembahagian qadar dan peranan. Dalam kisah-kisah itu (difahami) terdapat larangan agar tidak memandang sepi penyertaan orang yang kusut masai berkain buruk serta mengalu-alukan orang yang hanya kenal dua huruf.

Tentang bicara lalu, yang menitik beratkan penyertaan peribadi yang kuat lagi cerdik, di dalam Muntalaq atau al-Masar atau dalam buku ini, ia merupakan kelebihan yang tidak dipersoalkan dan difahami dengan sebaiknya, atau ia adalah wasiat fasa pengasasan, kerana terdapat dalam fasa tersebut situasi yang kritikal. Manakala selepas fasa itu, pintu dakwah sentiasa terbuka bagi sesiapa yang datang dengan keikhlasan. Berapa ramai pendakwah yang berada dalam saf paling akhir, yang mana kalau dia tidak hadir tiada siapa yang akan bertanya, telah mencoret kisah-kisah keberanian. Apabila niat ikhlas, amalan akan diberkati. Huruf-huruf daripada kitab iman, qadar dan keberkatan ini tidak dikenali selain orang yang tenggelam dalam kolam; kolam pengorbanan dakwah.

p/s: Artikel ini di petik dari blog http://abuhumaira.blogspot.com

Muhasabah Sang Musafir

Alhamdulillah syukur yang teramat sekali kepada Rabbul Izzati di atas nikmat kurnianya yang tidak pernah terhitung oleh hambaNya.

Baru sahaja selesai majlis konvokesyen membuatku menarik nafas teramat lega. Konvokesyen ini bukanlah sesuatu yang aku nantikan, bahkan upacaranya sebenarnya hampir menyerupai upacara sebuah gereja. Bagiku lulus dan bergelar graduan itu sudah memadai. Tambahan lagi, tidak sedikit perbelanjaan yag diperlukan untuk sewaan jubah, gambar dan sebagainya yang membuatku hampir tidak bernafas dan yang paling mengejutkanku adalah harga kuntuman bunga hadiah dari keluargaku bernilai RM70. Namun membuat hati orang lain gembira merupakan sesuatu yang dianjurkan nabi Muhammad SAW. Sudah tentu orang yang paling gembira dan terharu itu adalah ibuku dan ahli keluargaku yang lain.



Sebetulnya apa yang ingin aku ceritakan disini adalah apa yang terjadi dua hari sebelum berlangsungnya majlis konvokesyen tersebut. Hari ketika aku bermusafir seorang diri untuk mengambil jubah konvokesyen. Benarlah kata pepatah orang melayu, "Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan". Sambil bermusafir aku bermuhasabah. Sememangnya aku amat senang untuk mengintrospeksi diri ketika berjalan berseorangan hatta semasa menaiki motor. Ketika itulah aku mampu untuk berzikir dengan suara yang kuat dan menangis tanpa perlu bimbang dilihat orang lain.

Sedang aku menuju ke destinasi, mp3 kereta memutarkan sebuah lagu yang sangat menyentuh hatiku membuat aku terhenyak seketika dan terus melihat jauh ke dalam diri yang kerdil dan hina. InsyaAllah mari sama-sama kita renungkan bait-bait lagu tersebut sebagai renungan bersama

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang kau beri pada diriku
terlalu sering membuatMu kecewa

entah mungkin kan aku terlena
sementara engkau beri aku kesempatan
berulang-kali agar aku kembali

dalam fitrah ku sebagai manusia
Untuk meghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya
Aku di hadapanMu

Aku ingin mencintai Mu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa, dalam ucapan dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati Mu selamanya
Sehina apa pun diriku
Ku berharap untuk bertemu dengan Mu
Ya Rabbi...

Menangis...

Ya Allah,

Hatiku tiba-tiba sayu,
terasa ingin mengalirkan air mata,
Membersihkan segala dosa dan noda,



عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ


“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

Ku langkahkan kaki ini...

Ya Allah...
Sungguh syurgaMu amat mahal,
Mahal jua bayaran untuk melihat wajahMu,
Namun mahal lagi keredhaanMu...

Ya Allah...
Ku sedar hakikat itu,
Namun ku melangkah jua,
Walau berat, walau payah,
Walau harus ku bayar dengan nyawa...

Ya Allah...
Yang ku inginkan hanyalah...
Sebuah keredhaanMu,
Bantulah aku untuk itu...


p/s: Aku kini mengorak langkah untuk memulakan perjuangan memburu redha Ilahi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...