Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011




Nak bercerita sikit sempena PBAKL 2011. Sepanjang seminggu ni terpaksa oops.. ditugaskan untuk menjaga booth jualan di sana. Alhamdulillah, merupakan satu nikmat sebenarnya dapat melihat manusia, ragam dan karenahnya. Dan yang paling penting belajar buat satu perkara baru yang tak pernah buat sebelum ni, Edar flyers.. Hmm.. memang mengajar diri ni supaya berani, dan yakin diri. Satu perkara lagi, disini kena promote produk kalau sebelum ni jual produk yang tak perlu promote. Sungguh melatih keyakinan diri dan cara untuk meyakinkan orang lain. Satu cabaran untuk diri walaupun mungkin biasa bagi orang lain.

Alhamdulillah disini jugak dapat membeli buku 'Nasib Melayu di Bumi Melayu' tulisan Dr Ridhuan Tee Abdullah siap dengan autograf lagi tu. Bukan kerana fanatik tetapi terselit kekaguman terhadap tokoh ini. Walaupun bukan asalnya melayu namun melihat betapa perlunya melayu bersatu dan bangkit mempertahankan hak-hak meraka sendiri di bumu yang mereka miliki.

Lain pulak ceritanya sahabat yang menemani, lebih gemar mengunpulkan autograf artis nasyid tanah air. Terpulanglah minat masing-masing kan..

Orang dah menunggu untuk pergi sana hari ni. Nanti saya sambung balik cerita. Banyak lagi nak cerita sebenarnya nih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...