Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Budaya Berziarah



Alhamdulillah, hari ni pergi rumah seorang rakan di seremban. Fuhh.. Ingatkan dekat je dengan bandar seremban, tapi boleh tahan.. Agak jauh masuk ke dalam. Niat cuma satu, lebih kenal dan merapatkan hubungan. Moga peroleh redha Allah. Ameen....

Orang melayu amat terkenal dengan budaya ziarah-menziarahi. Namun malangnya hanya hangat bila musim perayaan sahaja. Sungguh sangat besar keuntungan bagi orang yang suka menziarahi semata-mata kerana Allah
Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”

Lepas ni banyak sebenarnya rancangan nak pergi ke rumah rakan-rakan. Rasa cam nak pergi semua je.. Tapi semuanya jauh-jauh. Kelantan, Terengganu, Kedah... Bajet belum cukup la. Takpe, nanti ada rezeki insyaAllah samapi jugak. Doakan ek.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...