Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Dakwah Orang Muda



Begitu sukar untuk mengajak pemuda dan belia kini untuk mendekati Islam. Ditambah pula dengan cabaran dari hiburan yang melampau. Persatuan Islam dan Pergerakan Islam yang berhempas pulas pula hanya mampu menarik mereka yang sememangnya sudah cenderung ke arah Islam. Lalu bagaimana dengan mereka yang tdak minat untuk berpersatuan, mendengar ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama, menyukai hiburan. Sedangkan kelompok inilah yang paling ramai berbanding kelompok yang cintakan Islam.Golongan ini golongan merupakan golongan pertengahan, tidak suka untuk menyertai pergerakan Islam dan tidak pula mengikuti kumpulan yang merusak dan melampau-lampau dalam hiburan. Orang seperti ini mungkin seperti dalam video di bawah




Dalam video ini, watak utama merupakan pelajar junior yang baru sahaja memasuki sebuah universiti. Kemudian datang kepadanya dua kelompok islamik yang ingin mengajaknya menyertai persatuan mereka. Dalam masa yang sama ada juga kelompok yang mengajak kepada kemaksiatan dan kebatilan seperti kelompok yang mementingkan kebebasan jantina. Akhirnya pelajar tersebut memilih kumpulan yang baik, islamik tetapi jiwa yang dekat dengan fitrah seorang pemuda iaitu anwar hadi. Buat pengetahuan anda, anwar hadi merupakan seorang 'selebriti' youtube yang berdakwah dengan caranya sendiri di youtube. Begitu juga 
matluthfi90, watak utama dalam cerita ini. Sudah banyak video yang dibuat oleh mereka yang menyampaikan mesej-mesej yang baik. 

Setelah saya meneliti video ini, saya berfikir dan mengambil kesimpulan bahawa pergerakan belia islam di Malaysia harus membuat satu pendekatan baru kepada pemuda-pemuda di luar sana yang dapat mendekatkan mereka kepada Islam dengan cara yang mereka senangi dan tidak merasa terpaksa. So, mari kita fikirkan bersama apakah yang harus kita lakukan. Ayuh!

1 comments:

memang perlu berbincang dan memikirkan perkara sebegini di samping membina hati-hati kita dan orang-orang yang boleh bergerak di sekeliling kita.

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...