Pemburu Redha Ilahi

"Seorang pemburu redha Allah dengan berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, usaha yang kuat, strategi yang ampuh dan penuh kehati-hatian akan ranjau yang menghalang perjalanannya"

Membentuk Peribadi Muslim Ideal



Sesungguhnya Islam adalah agama yang ideal, sangat ideal. Syumul, lengkap, menyeluruh, komprehensif dan sebarang perkataanyang membawa maksud yang sama. No doubt... Tiada siapa yang mampu menafikan lagi walaupun orang kafir berusaha bersungguh-sungguh mencari kelemahan islam, mereka tidak akan pernah berjaya. Bahkan ramai yang berbalik membuat keputusan memeluk agama Islam. Begitulah indahnya Islam. Namun tak ramai yang sedar akan hakikat ini.

Seorang muallaf pernah berkata "Saya bersyukur kerana menemui Islam terlebih dahulu sebelum saya menemui orang Islam". Menghairankan pernyataan tersebut, namun tidak pelik bagi yang memahaminya. Umat Islam rata-rata tidak menonjolkan imej ajaran Islam itu sendiri. Mengaku beragama islam tetapi tidak memelihara aurat, tidak menjaga akhlaq dan adab pergaulan, suka mungkir janji, penipu, berzina, malas dalam bekerja, tidak disiplin, dan banyak lagi perbuatan negatif yang mencemarkan pandangan orang lain terhadap agama Islam. Umat Islam tidak mengambil Islam sebagai cara hidup mereka. Saya teringat tentang suatu kisah yang diceritakan kepada saya.

Ada seorang pemuda yang mengikuti gerakan Islam di tempatnya. Pemuda tersebut sering menghadiri majlis ilmu dan program yang dianjurkan oleh gerakan Islam tersebut. Namun menjadi masalah baginya kerana akibat kekurangan pengetahuan Islam yang baik, dia dihalang oleh keluarganya. Pemuda tersebut mengadu kepada pembimbingnya lalu diarahkan dia untuk mentaati sahaja perintah kedua orang tuanya. Pada suatu hari terdetik di hati ayahnya untuk masuk ke dalam biliknya dan merasa sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Suatu pandangan yang menakjubkan. Bilik tersebut sangat bersih, kemas dan teratur. Tersusun setiap barangannya, jauh dari pemandangan biasa di ruang-ruang lain.



Lalu sang ayah bertanya kepada anaknya dan di jawab "Inilah apa yang diajarkan kepadaku sepanjang aku mengikuti gerakan Islam tersebut"  Sang ayah dengan tidak semena-menanya berkata "Kalaubeginilah, maka aku izinkan kau terus mengikuti gerakan Islam tersebut dan kalau boleh bawalah ibumu bersamamu. Agar ia turut menjadi seperti kamu." Subhanallah!

Apa yang diajarkan kepada pemuda tersebut sebenarnya adalah salah satu intisari agama Islam.

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman" (Hadis)

"Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan" (Hadis)

Dan pemuda itu telah menterjemahkannya dalan bentuk amal yang nyata. Mengaplikasi dalam kehidupan sebagai sebuah cara hidup. Islam itu sungguh suatu agama yang mengagumkan... Alangkah indahnya seandainya ramai umat islam yang menzahirkan ajaran Islam itu. Sudah tentu kehidupan akan harmoni dan aman tenteram. Cuba anda bayangkan dalam sebuah komuniti masyarakat, mereka saling tolong-menolong, prihatin masalah orang lain dan berlumba-lumba berbuat amal dan kebaikan. Sudah pasti tidak sukar hidup ini kerana apabila susah, tanpa perlu meminta akan datang bantuan. Bayangkan juga apabila masing-masing saling berlapang dada serta berbaik sangka, maka tidak akan ada perasaan benci dalam hati dan akan terhindarlah penyakit stress yang menghancurkan kebahagiaan hidup.

Bayangkan lagi, setiap orang akan cuba menepati masa, maka tidak akan terbuang sia-sialah masa dan setiap kerja akan dapat dibua secara optimum. Namun hakikat untuk membentuk peribadi muslim seperti itu bukanlah mudah. Perlukan satu proses tarbiyah yang panjang dan perlahan. Semoga setiap dari kita berusaha mencari jalan dalam menuju kesempurnaan tersebut. Lihatlah 10 ciri peribadi muslim dan capailah satu persatu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...